Friday, 25 November 2011

Anggota Badan Haiwan

Haiwan mempunyai anggota  badan. Haiwan mempunyai pelbagai bentuk anggota badan seperti berekor, berbelalai, berkepak, berkaki, tidak berkaki, berbentuk silinder, bertanduk dan berparuh.

Kebanyakan haiwan yang mempunyai ekor seperti monyet, harimau, singa, ikan, kucing dan lain-lain lagi.
Harimau
monyet

Sesetengah haiwan mempunyai belalai seperti gajah.

gajah

Haiwan yang boleh terbang mempunyai kepak seperti burung, kelawar, lebah
kelawar
lebah
Haiwan juga mempunyai kaki untuk bergerak seperti cicak, semut, unta
unta
semut

Ada juga haiwan yang bergerak tanpa kaki seperti ikan, ular, siput babi, cacing

ular
cacing

 Terdapat juga haiwan yang berbentuk seperti ular, cacing, lintah

lintah

Sesetengah haiwan mempunyai tanduk yang panjang seperti kerbau, rusa, seladang
rusa
kerbau

 Haiwan yang terbang biasanya mempunyai paruh seperti burung, itik, dan angsa

angsa
itik
 

Ciri-ciri Haiwan

Haiwan juga mempunyai sisik pada tubuh badannya.

(a) Bersisik di seluruh badan

 Tenggiling mempunyai sisik pada seluruh bandannya.
Ikan juga bersisik di seluruh badannya.

(b) Bersisik di bahagian kaki


Burung murai bersisik pada kakinya.

Haiwan bercangkerang.

Sesetengah haiwan mempunyai cangkerang pada seluruh badannya.
Siput
Ketam
Kerang


PENGELASAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

Ciri-ciri Haiwan

Haiwan dapat dikelaskan mengikut ciri-ciri yang berikut:


(a) Litupan badan
(b) Anggota badan
(c) Cara membiak
(d) Habitat
(e) Tabiat makan

(a)  Liputan badan

Badan haiwan bisanya dilitupi oleh bulu, sisik atau cangkerang.
(a) Berbulu halus
Arnab merupakan haiwan yang mempunyai bulu halus yang melitupi seluruh badannya.

 Kucing juga dilitupi oleh bulu-bulu halus pada seluruh tubuhnya.

(b) Berbulu pelepah

Biasanya haiwan yang boleh terbang mempunyai bulu pelepah.

Burung serindit merupakan haiwan yang mempunyai bulu pelepah.

 Ayam juga mempunyai bulu pelepah.