Sunday 27 November 2011

Latihan Soalan Objektif

 Jawab semua soalan.



                                                                               Rajah 1

1.    Antara  yang berikut, yang manakah tidak benar tentang hidupan pada Rajah 1?
       
       A    Dapat bergerak sendiri
        
       B    Memerlukan makanan, air, dan udara
        
       C    Tidak membesar
        
       D    Membiak

2.    Suatu hidupan menjadi semakin banyak jumlahnya kerana dapat...

        
       A    membiak.

       B    bertumbuh.

       C    bergerak sendiri.
        
       D    hidup di beberapa kawasan.








3.     Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang haiwan yang ditunjukkan  pada Rajah 2?

       A    Dapat bergerak sendiri

       B    Merupakan bukan hidupan

       C    Semakin lama saiznya semakin besar
        
       D    Memerlukan air, udara, dan makanan

   
Rajah3

4.  Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri fizikal haiwan pada Rajah 7?

       I      Berbulu

       II    Berkaki

       III   Berkepak

       IV   Bersisik


       A    I dan II sahaja

       B     II dan III sahaja

       C    I, II, III, dan IV sahaja

       D    I, II, III, dan IV



X
Y
Z
arnab
gajah
musang
serigala
ayam
beruang

                               Jadual 1



5.  Jadual 1 menunjukkan pengelasan haiwan berdasarkan tabiat makannya. Antara haiwan  yang berikut, yang manakah dapat dimasukkan dalam kumpulan Z?

       A    Tikus

       B     Burung helang

       C    Ular sawa

       D    Buaya




W – berkaki
X – berkepak
Y – bercangkerang
Z – bersisik


                      Rajah 3   
          

6.  Senarai di atas ini menunjukkan beberapa ciri fizikal haiwan. Ciri manakah yang boleh digunakan untuk mengelaskan ayam dan kelawar dalam kumpulan yang sama?

       A    X sahaja

       B     W dan X sahaja

       C    Y dan Z sahaja

       D    W, Y, dan Z sahaja


                                                             Rajah4



7.  Berdasarkan Rajah 8, haiwan yang boleh dimasukkan ke dalam kumpulan K ialah...

       I     beruang.

       II    ayam.

       III   burung helang.

       IV   kuda.

       A    I dan II sahaja

       B    I dan III sahaja

       C    II, III, dan IV sahaja

       D    I, II, III, dan IV


 ular     tenggiling     ikan

           

8.  Haiwan di atas ini dapat dikelaskan dalam kumpulan yang sama berdasarkan cirinya, iaitu...

       A    bersisik.        

       B    tidak berkaki.

       C    berbulu.        
      
       D    bercangkerang

9.    Antara haiwan yang berikut, yang manakah melahirkan anak?


       A     Cicak


       B     Buaya


       C     Katak


       D     Ikan paus



                 

10.   Haiwan di atas ini mempunyai ciri yang sama untuk melindungi diri  daripada musuh, iaitu dengan menggunakan...
      
       A    sengat.

       B    penyamaran diri.

       C    bau busuk.
 
       D    kulit keras

Saturday 26 November 2011

Pembiakan Haiwan

1. Haiwan membiak untuk memastikan kemandirian spesiesnya.    
         
2. Haiwan berlainan membiak dengan cara yang berbeza.

3. Sesetengah haiwan melahirkan anak sementara haiwan lain bertelur.

 Zirafah melahirkan anaknya.





Anak ayam menetas daripada telurnya.


Anak itik yang menetas daripada telurnya.







Pernafasan Haiwan

1. Haiwan bernafas untuk hidup.

2. Haiwan bernafas menggunakan struktur pernafasannya.

3. Struktur pernafasan haiwan berlainan jenis adalah berbeza. 

Kitar hidup haiwan


Kitar hidup seekor rama-rama




Kitar hidup seekor katak

Friday 25 November 2011

Anggota Badan Haiwan

Haiwan mempunyai anggota  badan. Haiwan mempunyai pelbagai bentuk anggota badan seperti berekor, berbelalai, berkepak, berkaki, tidak berkaki, berbentuk silinder, bertanduk dan berparuh.

Kebanyakan haiwan yang mempunyai ekor seperti monyet, harimau, singa, ikan, kucing dan lain-lain lagi.
Harimau
monyet

Sesetengah haiwan mempunyai belalai seperti gajah.

gajah

Haiwan yang boleh terbang mempunyai kepak seperti burung, kelawar, lebah
kelawar
lebah
Haiwan juga mempunyai kaki untuk bergerak seperti cicak, semut, unta
unta
semut

Ada juga haiwan yang bergerak tanpa kaki seperti ikan, ular, siput babi, cacing

ular
cacing

 Terdapat juga haiwan yang berbentuk seperti ular, cacing, lintah

lintah

Sesetengah haiwan mempunyai tanduk yang panjang seperti kerbau, rusa, seladang
rusa
kerbau

 Haiwan yang terbang biasanya mempunyai paruh seperti burung, itik, dan angsa

angsa
itik
 

Ciri-ciri Haiwan

Haiwan juga mempunyai sisik pada tubuh badannya.

(a) Bersisik di seluruh badan

 Tenggiling mempunyai sisik pada seluruh bandannya.
Ikan juga bersisik di seluruh badannya.

(b) Bersisik di bahagian kaki


Burung murai bersisik pada kakinya.

Haiwan bercangkerang.

Sesetengah haiwan mempunyai cangkerang pada seluruh badannya.
Siput
Ketam
Kerang


PENGELASAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

Ciri-ciri Haiwan

Haiwan dapat dikelaskan mengikut ciri-ciri yang berikut:


(a) Litupan badan
(b) Anggota badan
(c) Cara membiak
(d) Habitat
(e) Tabiat makan

(a)  Liputan badan

Badan haiwan bisanya dilitupi oleh bulu, sisik atau cangkerang.
(a) Berbulu halus
Arnab merupakan haiwan yang mempunyai bulu halus yang melitupi seluruh badannya.

 Kucing juga dilitupi oleh bulu-bulu halus pada seluruh tubuhnya.

(b) Berbulu pelepah

Biasanya haiwan yang boleh terbang mempunyai bulu pelepah.

Burung serindit merupakan haiwan yang mempunyai bulu pelepah.

 Ayam juga mempunyai bulu pelepah.